Ph

PH adalah satu-satunya kerajaan dalam dunia yang digulingkan oleh Perdana Menterinya sendiri. Tak pernah berlaku dalam sejarah politik dunia.

Jangan salahkan sesiapa. Salahkan PH sendiri sajalah.

Yang keluar dari gabungan PH – Bersatu
Yang letak jawatan Pengerusi PH – Mahathir
Yang letak jawatan Pengerusi Bersatu – Mahathir
Yang letak jawatan Perdana Menteri – Mahathir

Tu semua tak ada siapa yg suruh. BN tak suruh, PAS tak minta, jadi kenapa salahkan Muafakat Nasional?

Kenapa dikatakan “rampasan kuasa”?
Kenapa dikatakan demokrasi sudah mati?

Yang serah kepada YDP Agong untuk buat keputusan – PH
Yang akan sokong keputusan YDP Agong – PH

Apabila YDP Agong buat keputusan, tak boleh terima sebab pilih TSMY, Presiden Bersatu.

Tetiba lupa prinsip demokrasi di Malaysia, diadakan perhimpunan menjerit-jerit “Siapa Muhyiddin? Saya tak undi Muhyiddin jadi PM!” Bila masanya rakyat Malaysia undi PM, semua undi MP sahaja.

Cerita gila politik seminggu ni semua berpunca dari PH.
Apabila kalah, disalahkan semua orang.

Puak DAP senyap sunyi. Barangkali sedang gelak tengok Melayu bergaduh dan menangis kerana hilang kuasa.

Advertisement