PN.

PERIKATAN NASIONAL BUKANLAH MUAFAKAT NASIONAL

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Perikatan Nasional adalah coalition antara Muafakat Nasional (UMNO+PAS), Barisan Nasional (UMNO+MCA+MIC), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu (PPBM) dan ‘Ex-PKR’ (Team Azmin Ali).

2) Coalition ini hanya wujud untuk menyokong TS Muhyidin Yassin sebagai PM-8, bagi menamatkan krisis politik yang berlarutan hampir seminggu. Nama Perikatan Nasional pun bukanlah nama rasmi. Hanya direka untuk memudahkan sebutan.

Tiada manifesto.
Tiada apa-apa perjanjian.
Tiada tahaluf siyasi
Tiada ta’awun siyasi

3) Dengan demikian, TS Muhyidin tidak terikat untuk melantik sesiapa pun dalam kabinetnya, tidak terikat dengan apa-apa manifesto untuk dilaksanakan etc. Namun atas budi bicara antara beliau dan komponen Perikatan Nasional, beliau dijangka tidak akan meminggirkan mana-mana komponen dalam kabinetnya.

4) Setiap komponen Perikatan Nasional pula tidak tertakluk kepada mana-mana komponen lainnya. Muafakat Nasional tidak tertakluk kepada prinsip Barisan Nasional, begitu juga sebaliknya. GPS juga tidak tertakluk kepada apa-apa prinsip Muafakat Nasional. Demikian juga Bersatu tidak terikat apa-apa dengan prinsip UMNO. Manakala UMNO terikat dengan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.

5) Dalam coalition yang boleh dianggap sebagai terikat dengan ikatan Van der Waal (sejenis ikatan kimia yang lemah), Ia mudah berpecah apabila kondisi tidak disepakati sesama komponen. GPS boleh quit tanpa apa-apa isu jika mereka tak puas hati dengan PAS. UMNO boleh tarik balik sokongan kepada PM-8 tanpa perlu kepada PAU. Namun kekuatan Perikatan Nasional ada pada polarity setiap komponen. Polarity semua komponen adalah “tanpa DAP”.

6) Muafakat Nasional tiada kuasa penuh dalam Perikatan Nasional. Penguasaan Muafakat Nasional dalam kerajaan tidak solid, kerana Perikatan Nasional itu sendiri tiada ‘perlembagaan’ ataupun piagam persefahaman. Hubungannya dengan kerajaan adalah sebagai komponen yang menyokong PM-8. Jika Muafakat Nasional quit daripada Perikatan Nasional, ia tidak boleh dikatakan khianat pun, tidak sebagaimana Bersatu quit PH, itu adalah khianat.

7) Perikatan Nasional tiada manifesto. Mengungkit manifesto solo PAS atau manifesto BN adalah tidak relevan dalam Perikatan Nasional, kerana turut disertai oleh Bersatu dan Ex-PKR. Kerajaan tanpa janji manifesto boleh fokus kepada pemulihan ekonomi, sosial dan perpaduan rakyat tanpa gangguan manifesto yang pelik-pelik.

8 ) Seperti yang PAS tekankan, kerajaan perlu fokus kepada pemulihan ekonomi dan perpaduan, kerana dua teras utama ini bukan sahaja menjadi tuntutan semua komponen Perikatan Nasional, malahan rakyat keseluruhannya juga mendambakan satu penyelesaian yang baik.

9) Ucapan TS Muhyidin sebagai PM-8 juga menyeru kepada pemulihan ekonomi dan perpaduan. Beliau berjanji akan melantik menteri kabinet yang berkelayakan untuk tujuan tersebut. It’s not easy, tetapi ia adalah cabaran yang besar. Yang melegakan beliau adalah komponen Perikatan Nasional tidak cenderung untuk melobi jawatan, terutama PAS.

10) Semuanya diserahkan kepada kebijaksanaan beliau mengurus perlantikan kabinet. Sebab ia sebenarnya adalah kerajaan TS Muhyidin Yassin, yang terhasil daripada krisis dalaman PH. Muafakat Nasional dan GPS hanya mencukupkan bilangan sokongan sahaja, kerana pada asalnya Muafakat Nasional lebih cenderung untuk parlimen dibubarkan. Bila-bila masa sahaja Muafakat Nasional boleh quit jika mereka kehendaki.

Sekian

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s