Segar dan ceria.

πŸ’šπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’šπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’šπŸ‘πŸ»πŸ’š

Malaysia segar dan ceria tanpa DAP. Selepas kejatuhan ini sukar lagi untuk DAP bangun. Ini adalah kerana kemenangan sebentar yg diberikan Allah kpd DAP itu ialah untuk memperkenalkan wajah DAP yg sebenar kpd rakyat Malaysia. Kini rakyat malaysia sudah kenal DAP. Lalu Allah kalah kan DAp kembali. Apakah rakyat malaysia masih mahukan DAP?.

Allah berikan PKR kemenangan bersama PH. Untuk Ahli Pas kenal PKR dan Anwar. Betapa angkuhnya Anwar mebelasah PAS dan TGHH, org yg pernah satu ketika memapah beliau dari lembah penghinaan. Itu lah aturan takdir Allah.

Allah kalahkan UMNO dan BN dlm pru 14 agar UMNO dapat mengenal PAS secara lebih dekat dan PAS dapat mengenal UMNO. Lalu Allah tautkan hati2 PAS dan UMNO atas kepentingan agama, bangsa dan Negara. Indah sungguh percaturan Allah.

Allah pecahkan PKR terbelah dua dan Bersatu keluar sepenuhnya dari PH agar PH lumpuh dan tumbang. Allah tumbangkan PH untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dari ideologi tanpa tuhan yg sedang cuba disebarluaskan oleh DAP.

Allah berikan PAN kemenangan besar bersama DAP dan PH. Sehingga mereka merasakan tindakan mereka keluar dari PAS adalah satu tindakan yg benar. Kalau mereka salah masakan Allah berikan mereka kemenangan secepat itu. Sehingga mereka merasakan tindakan keluar dari PAS itu satu tindakan yg tepat dan melanggar baiah itu tiada salahnya pada agama. Lalu semakin bersemangatlah mereka membelasah PAS. Namun Allah Maha Bijaksana. Kini dengan tersungkurnya DAP tiada lagi pohon untuk dedalu PAN menompang. Belum puas Pimpinan PAN menyedut manisnya saripati dan madu jawatan menteri dan timbalan menteri, lalu Allah sentap mereka dari kelopak segar menjadi layu serta merta. Allah Maha Kuasa. Ianya pengajaran buat siapa yg gelojoh dan tidak ikhlas dlm perjuangan.

PAS..?. Begini lah PAS. Dlm apa situasi pun PAS akan terus hidup. Kerana Rasul mengajar PAS, jagan sombong ketika menang dan jangan berputus asa ketika kalah. Selagi Allah ada dlm hati para pejuang PAS, selagi itu mereka akan terus hidup. Hatta jika di pancung sekalipun mereka tetap hidup. Kerana syuhada itu tidak pernah mati.

Teman… Ternyata perjanjian Hudaibiyyah PAS dan UMNO telah membawa kita kepada hampirnya Fathul Makkah. Ingat teman2… Jgn sekali2 sombong dengan kemenangan. Saat memasuki kota makkah bersama golongan muslimin yg ramai, Rasulullah saw menundukkan kepalanya penuh tawadhuk sehingga janggut baginda yg mulia mencecah bulu2 diatas tengkuk kudanya. Baginda berzikir, memuja dan memuji Allah. Ingatlah semuanya dari Allah.

UMS
Ustaz Mokhtar b Senik
Dewan Ulamak PAS Pahang
Pondok An Nuur Kuantan

  1. Feb. 2020

Sekian,Harap MokLong

#KopipesTanpaPermitChe’guAni

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s